01 July 2011

Kemaruk sangat ke nak jadi jutawan?

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kemaruk untuk menjadi jutawan segera, enam individu terjerat dengan janji manis ditawarkan satu sindiket penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hingga kerugian kira-kira
RM105,000, baru-baru ini. Sindiket yangdipercayai didalangi warga asing dari United Kingdom itu dikatakan menggunakan modus operandi menghantar secara rambang SMS yang menyatakan pemilik telefon bimbit yang menerima pesanan itu memenangi wang tunai berjumlah 280,000 Pound Sterling (RM1.37 juta).

Ini menyebabkan mangsa yang menerima SMS itu terpedaya lalu menghubungi nombor telefon tertera kononnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sindiket terbabit dipercayai didalangi warga Afrika.

“Sindiket berkenaan dipercayai berpangkalan di United Kingdom berdasarkan nombor telefon tertera dalam SMS diberikan kepada mangsa mengandungi ucapan tahniah selain meminta mangsa menghubungi nombor telefon atau alamat emel yang diberikan kononnya untuk urusan tuntutan wang tunai dimenangi.

“Sebaik mangsa menghubungi nombor telefon diberikan, ahli sindiket terbabit akan meminta mangsa memberikan alamat e-mel peribadi dengan alasan untuk menghantar e-mel yang mengandungi syarat dan langkah perlu dipatuhi mangsa sebelum mendapatkan wang ditawarkan,” katanya turut menerima SMS sindiket berkenaan.


Beliau berkata, dalam e-mel dihantar kepada mangsa, ia mengandungi beberapa prosedur termasuk mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebelum mangsa menerima wang tunai dijanjikan. “Mangsa diminta memasukkan RM20,000 dengan alasan wang berkenaan akan digunakan sebagai caj pengurusan, perundangan, cukai kepada Bank Negara dan beberapa caj lain.

“Sebaik mangsa memasukkan wang ke dalam akaun diberikan, ahli sindiket berjanji mangsa akan memperoleh wang kemenangan itu dalam masa terdekat dan boleh dituntut di Bank Negara, "katanya.

Katanya, mangsa hanya mengetahui dirinya tertipu apabila nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi selain wang dijanjikan gagal diperoleh dalam tempoh masa yang dijanjikan.

“Jumlah kerugian mungkin akan meningkat jika orang ramai terus terpedaya dengan helah licik sindiket berkenaan kerana pada 2010, lima kes dirujuk kepada Biro Pengaduan Awam MCA dengan kerugian dianggarkan bernilai RM477,000,” katanya.

Chong menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan lebih berhati-hati dengan SMS yang diterima dan diharap dapat melaporkan kepada pihak berkuasa jika ragu-ragu dengan tawaran yang diberikan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

6 komen:

Putra said... [Reply]

Kebanyakannya penipu besar mcm ni adalah orang negro. (^_^)

mohdhazlan Dreadlock said... [Reply]

xde yang datang bergolek tanpa usaha ..:)

Putra said... [Reply]

memang pun, tp usaha yg salah akan dtgkan padah.. kih3. :D

Mudahtopup2u Sales Manager said... [Reply]

Nak Jadi Jutawan? Kena La Usaha Lebih..Bisnes Betul2..Ni Nak Kaya Cepat..Sebab Tu Mudah Terpedaya..Ha..Mai kita kayuh pelan-pelan bisnes topup. 2 minggu aku untung RM297 Now Dah Jadi Sales Manager.Sudila2 melawat website kami.Kalau tergerak hati nak join..boleh call/sms hotline diwebsite kami ok..

Bisnes Jual Topup 3 Income

Unknown said... [Reply]

hati-hati dengan orang yang tak dikenali.. jangan mudah sgt bagi no akaun pada orang lain.

ular paling berbisa di dunia

Putra said... [Reply]

Ok Thanks dgn nasihat tu abg ketam.. hihi. :D