09 August 2011

Filem beruk kuasai box-office di AS



LOS ANGELES - Filem Rise of the Planet of the Apes meraih kutipan tiket tertinggi pada tayangan hujung minggu lalu.
Filem terbitan studio 20th Century Fox itu menjana kutipan tiket AS$54 juta (RM162.9 juta) pada tayangan pembukaannya sekali gus mengungguli carta
box-office AS.

Menampilkan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis sebagai watak utama, Rise of the Planet of the Apes mengisahkan bagaimana spesies beruk berevolusi menguasai dunia daripada manusia.
Berada di tangga kedua ialah filem The Smurfs yang diadaptasikan daripada watak kartun popular dengan kutipan tiket AS$21 juta (RM63.40) diikuti filem sains fiksyen Cowboys & Aliens yang menjana kutipan AS$15.8 juta (RM47.6 juta) di tempat ketiga.
Filem komedi lakonan Ryan Reynolds dan Jason Bateman, The Change-Up menduduki tempat keempat apabila memperoleh kutipan tiket AS$13.5 juta (RM40.7 juta) manakala Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan AS$12.2 juta (RM36.8 juta) untuk mengekori di tempat kelima selepas beberapa minggu ia ditayangkan.
Filem terakhir Harry Potter itu turut menjana perolehan keseluruhan mencecah AS$1.13 bilion (RM3.4 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia. - AP
Sumber kosmo

6 komen:

yusuflaili(Goku) said... [Reply]

Salam,
Sebenarnya org barat benar2 nak menyakinkan dunia bahawa kita berasal dari beruk dan beruk berasal dari manusia.

Putra said... [Reply]

yusuf Laili ya, tapi hakikat sebenarnya bukan macam tu.. manusia adalah ciptaan Allah yang sebaik2 makhluk. huhu. :)

Anonymous said... [Reply]

belum berkesempatan utk menonton filem ini

Putra said... [Reply]

beli cd je dan nonton kat umah.. huhu. :)

Hiddy Asri said... [Reply]

Setuju dgn Yusof..Teori Darwin kunun..

ismanpunggul said... [Reply]

Ada waktu nanti pasti aku tonton film ini. Oya Putra Suku terima kasih sudah join di lapakku, Aku minta maaf karena belom bisa join sebab ai gadget fllower kamu ada pesan seperti ini:

Kami minta maaf...

Gadget ini salah dikonfigurasi. Petunjuk webmaster: Pastikan bahwa "Setelan Jalinan Teman - URL Beranda" sesuai dengan URL situs ini.

Kalau sudah pulih aku akan datang lagi untuk join dengan blog ini...