26 November 2010

Cinta Sejati Yang Terindah


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
dan ketika kita membayangkan?



Ini kerana hal terindah yang TIDAK TERLIHAT di dunia ini… kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh… dan ketika kita menemukan seseorang yang dinamakan CINTA. ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.. orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru…

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang pandai menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

CINTA YANG AGUNG?
Adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia… adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata ‘aku turut berbahagia untukmu’.

Apabila cinta tidak berhasil, bebaskan dirimu... Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. Tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya…

Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri… dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat.

TEMAN SEJATI?


Mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa’… menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’… tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’… membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata ‘bolehkah aku masuk?’

MENCINTAI…

bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan….
bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti….
bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan….
bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan…

Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Airmata yang keluar dapat dihapus, sementara airmata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang… tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang… lebih dari kamu mencintai diri sendiri.

Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.. jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kamu benar-benar mencintai, melainkan berjuanglah demi cintamu... itulah cinta sejati!

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan daripada berjalan bersama orang yang tersedia. Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai daripada orang yang berada di sekelilingmu. Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang yang tidak bermakna untukmu.

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu dan kadang kala teman yang menbawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari...

0 komen: