25 January 2011

Mengapa Akaun Fcebook mudah di block?

 


Assalammualaikum.. dan Selamat sejahtera buat sahabat-sahabat semua..
saya ingin kongsikan tips untuk melindungi akaun facebook kita daripada
diblock dan dihapuskan. sebenarnya akaun facebook saya sendiri dah dua
kali dihapuskan oleh pihak facebook atas kesalahan yang tak sengaja saya lakukan. rasa frust pun ada, apa taknya semua maklumat, group, fun page, yang telah saya bina dalam tu semuanya dah hilang dalam sekelip mata. huhu. tapi kena ingat yang facebook bukan kita yang punya kan.. hehe

1. Selalu Tukar-tukar nama di facebook.
sebenarnya penggunaan nama di facebook hendaklah kita menggunakan nama asal kita. hanya kerana kerap tukar nama pihak facebook nampak yang kita ini mencurigakan. Perlu di perhatikan nickname ataupun nama samaran termasuk yang di larang. (Jadi usahakan agar kita menggunakan nama yang sama macam dalam ic kita) tapi saya lebih suka guna nama samaran.. huhu.

2. Tambah kawan melebihi 50 orang dalam sehari.
perkara ni memang ramai orang buat pada setiap hari untuk dapatkan ramai kawan. sebenarnya kalau add dalam 10 atau 20 orang sehari pun dah cukup kan..? biasanya kalau kita add kawan melebihi 50 orang dalam 1 hari facebook akan bagi amaran kepada kita, dan kalau kita abaikannya mungkin facebook akan BLOCK akaun kita pada masa itu jugak. cuba la kalau nak tahu.. hehe.

3. Terlalu banyak join group.
kita memang tak tahu dah berapa banyak group yang kita join kan..? sebenarnya had group yang kita boleh join adalah sebanyak 200 group. kalau lebih tu hati-hati la.. ataupun padam separuh yang tidak penting bagi kita..

4. Terlalu banyak mengirim massage ke wall atau group.
facebook mempunyai had sebanyak mana kita boleh mengirim massage ke wall atau group. yang ni saya pernah cuba kalau tak silap kita cuma boleh kirim tidak melebihi 80 massage ke wall atau group dalam satu hari.. 'massage' disini maksud saya post di wall.

5. Menggunakan nama atau kata laluan yang sama.
yang ini untuk orang yang mempunyai 2 atau 3 akaun facebook. wah.. banyak tu.. hee. facebook akan mengesan  kesamaan dan di anggap tidak mengikuti peraturan. kalau anda punya 2 atau 3 akaun facebook pandail-pandai lah ya.

6. Terdapat gambar-gambar yang pelik di akaun facebook.
perkara ini memang kita tidak sedar, contohnya ada kawan kita meng tab gambar-gambar lucah atau gambar yang tidak elok pada akaun facebook kita. gambar orang sedang minum arak pun tidak boleh juga.. ini adalah salah satu sebab mengapa facebook kita di hapuskan.

Ok. itu saja yang saya ingin kongsikan.. Semoga anda semua dapat elakkan dari pada perkara yang tidak di ingini berlaku..
http://www.emocutez.com

7 komen:

Liza @ Adzriel AB said... [Reply]

massage tu urut dik. jgn suka2 tag orang, nanti kena remove. he..he.. setakat ni ok je. xde le sampai 10 send message tu kat wall. muak org baca. good info dik.

Putra said... [Reply]

Thanks kak.. huhu. facebook ni memang leceh pun.. silap sikit dh kena ben.. (n_n)

Razf said... [Reply]

thanks 4 ur tips! menarik!

camane u taw? pnah buat semua yg di atas ke? hihihi

Putra said... [Reply]

pernah jugak dan banyak tahu dari kawan yang pernah kena ben. hehe. add sy di facebook ya, putrasuki@yahoo.com :)

mrs jamal said... [Reply]

tak tau pulak pasal ni...pe pown tenkiu..n salam kenal dik

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said... [Reply]

Salam,
Nice article anyway. Beberapa perkara yg disebut di atas saya pernah kena. Hehehe biasalah nak cuba-cuba kan. Tak cuba tak tau...

Putra said... [Reply]

@mrs jamal u r welcome. :)