24 December 2010

Benda Yang Tak Patut Dikongsi Di Laman Sosial


1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan
digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.

2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.


3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.


4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).


5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).


6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.

http://ligakampung.com

0 komen: