07 December 2010

Tips, Cara Jawab Telefon Yang Betul


"Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adelah salah... dan kebanyakannya sama.. terfikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul..? Jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannya
(tak la korang boring sangat kalau jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf. sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini, mana la saya tau sapa kat sana.

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je la. buat apa tanya saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanya boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ada rumah?
Jawapan: mak takda rumah. bapak ada pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat apa tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat telefon ni.

7. Soalan: boleh saya bercakap dengan siti?
Jawapan: maaf. nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya... terima kasih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: sila panggil sendiri. saya sibuk. maaf


9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya.
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul la tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam.. (tupp!.. terus letak telefon. salam kita wajib jawab) huhu.

0 komen: