09 June 2011

Cara Buatkan Rakan Facebook Suka Dan Selesa Dengan Anda.


Seperti apa yg kita tahu. Facebook merupakan tempat untuk kita mengisi masa lapang, luangkan masa bersama kawan-kawan, dan ada juga yg menjadikan facebook sumber pendapatan. tapi tahukah anda, bagaimana
nak buatkan rakan facebook kita suka dan selesa dengan kita? disini sy ingin kongsikan sedikit tips yg boleh anda cuba.. 

Cara 1. Jika mereka menulis sesuatu di bahagian status, memuat-naik sebarang imej atau menulis sesuatu di bahagian Notes, klik pada Like. Hanya semudah itu. Jika merasakan tidak pasti dapat memberikan komen terbaik, klik pada Like pun sudah memadai. 

Cara 2. Berikan komen atau pendapat yang bernas dan membuatkan mereka gembira. Elakkan memberikan pendapat yang bertentangan dengan kata-kata mereka walaupun kita boleh melakukan sedemikian. Pendek kata, sokong sahajalah benda yang baik dan betul. Bukan perlu dibayar pun. Malah, kita di Facebook adalah untuk mencari ‘kawan’, bukan lawan.
komen-baik.


Cara 3. Apabila mereka ada menulis sesuatu pada bahagian Notes, kongsikan artikel (Notes) itu dengan menggunakan fungsi SHARE. Rugikah melakukan hal ini? Bukankah ‘sharing itu caring’… (Kalau ikhlas, dapat pahala). huhu. 

Cara 4. Menulis sesuatu yang santai yang boleh membuat orang gembira, boleh turut serta atau membuat mereka sedikit ketawa atau ceria. Cara ini akan menyebabkan hubungan akan terjalin dengan lebih baik.

Cara 5. Dalam keadaan tertentu, sebutkan (tag) nama seseorang atau beberapa orang pada bahagian Status (post). Sedikit sebanyak cara ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan akan menjadikan kita lebih dekat dengan mereka. Pastikan lakukan dengan ikhlas, dan bukan semata-mata mahu mengambil perhatian mereka atau ada tujuan tersirat (udang di sebalik batu). 

Cara 6. Mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan andai mereka menulis sesuatu mengenai kejayaan yang mereka perolehi. Jika mereka mengeluh perasaan, berikan kata-kata atau doa yang baik pada bahagian komen. Jika mereka bertanyakan sesuatu.

http://blog.smartusaha.com

http://www.emocutez.com

6 komen:

haffizmohdnoor said... [Reply]

Apis ada jugak buat semua perkara ni .. lagi2 tag nama tu..nnt mest diorg xcited.. huhu thanks for the nice info.. :D

Putra said... [Reply]

Thanks juga apis.. huhu. sbnarnya byk cara kita blh cuba utk buatkan kawan-kawan kita gembira.. (^_^)

suara malaya said... [Reply]

fb bleh tambah ramai kawan baru dan bleh hilang kawan.. time kasih share panduan kat atas ni.

Putra said... [Reply]

u r welcome. :D

Niena Muhammad said... [Reply]

nice info ..:D

Putra said... [Reply]

Thanks niena.. huhu. :)