05 August 2011

Mercun Meletup Dalam Genggaman


Bila tibanya bulan ramadhan ada saja kejadian macam ni kan? akibatnya kalau tak kena pada orang lain so kena pada diri sendiri.. kalau ada ahli keluarga atau kawan-kawan kita yang bermain mercun, sebaiknya kita
ingatkan dia agar perkara seperti  ini  tidak berlaku pada orang yang kita sayangi..

KOTA BHARU - Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.

Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.

Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.

"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.

"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.

sumber - kosmo

9 komen:

Unknown said... [Reply]

gua dah lama x join scene mercun ni, ntah mana nak dapat mercun pun xtaw

Putra said... [Reply]

lebih baik x taw. huhuhu. :D

Anonymous said... [Reply]

aiseh,malu beb...umur dia dah 19.

Putra said... [Reply]

kita doakan yg terbaik buat dia ya, dan smoga cepat sembuh.. hehe. ^^

yusuf Laili said... [Reply]

Salam Ramadhan;
Tulaa.. dik emk dah ckp dah jgn main ko degil..main jugak,karang siapa susah emak juga yg susah...

Putra said... [Reply]

yup. betul tu.. ^^

Op Anaz said... [Reply]

Tu la..lain kali main meriam..jangan main mercun..hehe

Putra said... [Reply]

alahai.. meriam lagi bahaya, tapi kenapa x suruh main bzoka je. hihi. :D

Teja Evalea said... [Reply]

time rya cina xde la yg ptus tgn..