08 August 2011

Denda RM1,800 Kerana Menjual Mercun



Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.
Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir Kuala Terengganu pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.
Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).

6 komen:

yusuf Laili said... [Reply]

salam;
kenapa pihak berkuasa tak tangkap org yang main kercun sekali..sana sini kita dengar org main mercun yg kuat tu..tapi polis buat dekje,tak adil penjual je yg ditangkap..

P/S; tpt sya dibulan ramadhan hari2 main mercun..klu buat udang2 buatlah bersungguh2.

Putra said... [Reply]

yusuf Laili ya betul tu.. klau tangkap juga orang yang main mercun kan bagus, last2 xda sapa2 yg nak jual mercun lagi sebab xda pasaran.. :)

Lea Isnawi said... [Reply]

tak tersermpak pulak die kat bazar

Putra said... [Reply]

Lea IsNaw! keciannya, so tak jadi la nak beli mercun ya? hehehe. :D

Anonymous said... [Reply]

ish. bahaya betul lah. dah tau kerajaan haramkan kenapa nak jual lagi.

Putra said... [Reply]

sebab nak cari duit lebih.. huhu. tp jgn la guna cara yg di haramkan. jual la makanan ke apa ke kan bagus. ^^